Teknologi Hijau dalam pertanian terbaru

Spread the love

Teknologi Hijau dalam pertanian

Ningkatinskill.com- Dasar Teknologi Hijau Negara yang dilancarkan itu berasaskan kepada empat tonggak iaitu tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. Dari aspek tenaga, teknolgi hijau akan mencari kaedah untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pada masa yang sama mempromosikan kecekapan guna tenaga. Dari aspek alam sekitar, kesan kepada alam sekitar dapat diminimumkan dan dipelihara. Dari aspek ekonomi, teknologi hijau meningkatkan pembangunan ekonomi Negara. Dari segi sosial pula, kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan.

Teknologi Hijau dalam pertanian ialah satu sistem pengeluaran hasil tanaman yang tidak menggunakan bahan kimia sintetik seperti baja kimia dan racun perosak. lanya melibatkan penggunaan bahan-bahan semulajadi sebagai sumber nutrien tanaman seperti pengkomposan sisa ladang dan ternakan. Ini pentinga bagi memastikan isu-isu penggunaan baja kimia sintetik dan racun perosak yang semakin meningkat dari hari ke hari dapat dikurangkan ke tahap yang optimum. Sekiranya tidak ditangani, ia boleh  menimbulkan masalah keatas kesihatan manusia dan kestabilan alam sekitar.

BACA DI SINI YA : Update, 10 Fakta Menarik tentang Handphone

Di Indonesia terdapat pelbagai teknologi berkaitan dengan pertanian hijau antaranya Natural farming, Kyusei Farming, perladangan lestari, perladangan aternatif dan perladangan biodinamik. Dua jenis teknologi yang banyak diamalkan hari ini ialah Natural farming dan Kyusei farming. Walau bagaimanapun pelbagai teknologi dan kaedah yang berbeza beza tetapi matlamat bagi semua teknologi ini adalah sama iaitu menjaga dan memelihara alam sekitar serta menjamin pengeluaran makanan yang selamat dan sihat.

Bagi memastikan teknologi pertanian hijau ini berkembang dengan baik, Jabatan Pertanian telah mengambil pelbagai pendekatan dengan memperkenalkan pelbagai teknologi pertanian hijau yang telah melalui perubahan dan panyesuaian teknologi mengikut keadaan di malaysia bagi membantu dan menarik minat petani mengikut keadaan di Indonesia. Selain itu, teknologi vermikompos menggunakan makroorganisma seperti cacing dalam menjalankan proses penguraian bahan organan untuk dijadikan baja organik. Disamping itu pihak jabatan pertanian juga memperkenalkan teknologi penghasilan baja cecair daripada sisa tanaman dan ikan seperti FAA (Fish Amini Acid), FPJ(fermented Plant Juice),FFJ(fermented Fruit juice), Kompos dan Iain-Iain. Kesemua produk ini bertindak sebagai baja dan pelengkap untuk kesuburan pokok.

Leave a Comment